Mitos Tentang Selesema dan Imuniti

Assalamualaikum semua

Hari ni kita nak tengok mitos tentang selesema, imuniti dan apa pula faktanya 😀




MITOS 1: Basah dalam hujan boleh menyebabkan jatuh sakit.

FAKTA: Tiada bukti saintifik yang kukuh yang menunjukkan bahawa kita akan mudah terkena selesema atau jatuh sakit jika basah dalam hujan. Orang yang mudah jatuh sakit adalah disebabkan oleh tahap sistem imun yang rendah.


MITOS 2: Selesema kerana virus, flu kerana bakteria.

FAKTA: Kedua-dua selesema dan flu adalah disebabkan oleh virus. Terdapat lebih daripada 200 jenis virus flu yang unik (rhinovirus adalah yang paling biasa) dan virus selesema sentiasa berubah setiap tahun. Oleh yang demikian, adalah penting untuk memastikan sistem imun adalah di tahap yang terbaik.


MITOS 3: Selesema tidak berbahaya.

FAKTA: Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC) angka bagi kematian yang disebabkan oleh selesema mencecah 49 ribu orang pada setiap tahun (bergantung kepada tahap kesakitan, penyebaran dan jenis-jenis virus selesema). Di Malaysia bayi di bawah umur 1 tahun dan juga warga emas yang berumur lebih 65 tahun berada dalam kumpulan berisiko tinggi. Wanita hamil serta orang yang mempunyai sistem imun yang lemah sebagai contoh obese juga merupakan mereka yang tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi. Selesema biasa jarang memudaratkan kecuali selesema yang boleh menyebabkan kepada jangkitan-jangkitan yang lebih serius.


MITOS 4: Antibiotik membantu merawat selesema atau flu.

FAKTA: Memandangkan kedua-dua selesema dan flu adalah hasil serangan virus, antibiotik tidak dapat membantu mengurangkan kesakitan atau tempoh masa jangkitan tersebut. Walaubagaimanapun antibiotik yang diberikan adalah berkesan untuk merawat jangkitan bakteria sekunder seperti resdung, jangkitan telinga, bronkitis dan pelbagai jangkitan yang disebabkan oleh flu atau selesema.


MITOS 5: Selepas sekali mendapat selesema, kita tidak akan terkena lagi untuk musim atau tempoh yang sama.

FAKTA: Kita tidak akan mendapat selesema yang sama setelah kita dijangkiti tetapi itu bukan bermakna kita tidak akan menjadi mangsa virus flu yang lain tau. Terdapat beberapa jenis lagi virus flu dan selesema di udara. Jadi tidak mustahil kita imun untuk sementara waktu tetapi masih boleh dijangkiti dengan penyakit yang lain.


MITOS 6: Kita hanya boleh terjangkit apabila mempunyai tanda-tanda flu atau selesema.

FAKTA: Apabila kita dalam keadaan sejuk kita sangat mudah dijangkiti pada 3 hari pertama (terutamanya semasa fasa sakit tekak) dan kita akan menyebarkan virus antara 5 hingga 7 hari dari hari pertama menghidap selesema. Virus ini boleh disebarkan apabila kita menyentuh hidung dan mulut kemudian menyentuh permukaan lain seperti tombol pintu, telefon dan apabila terbatuk atau bersin.


Bagaimana meningkatkan sistem imun? 

Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi nutrien yang dikenali sebagai antioksidan yang baik untuk kesihatan. Sesetengah makanan padat dengan antioksidan yang lebih tinggi daripada yang lain. Tiga vitamin antioksidan yang utama ialah beta-karotena, vitamin C dan vitamin E. Vitamin ini boleh ditemui dalam buah-buahan yang berwarna-warni dan sayur-sayuran, terutama yang berwarna ungu, biru, merah, oren dan kuning.

Sumber beta-karotena dan karotenoid lain ialah seperti: 
aprikot, asparagus, ubi beets, brokoli, melon, lobak merah, jagung, lada hijau, kale, mangga, turnip dan sayuran berdaun hijau, buah-buah nectarine, buah pic, limau gedang, labu, skuash, bayam, keledek, limau, tomato, dan tembikai.

Sumber vitamin C ialah seperti: buah beri, brokoli, kobis Brussels, melon, kobis bunga, limau gedang, tembikai susu, kale, kiwi, mangga, buah-buah nectarine, oren, betik, kacang pis, ubi keledek, stroberi, tomato, dan lada benggala merah, hijau atau kuning.

Sumber vitamin E ialah seperti: brokoli (direbus), avokado, sayur-sayuran hijau, turnip, mangga, kekacang, betik, labu, lada merah, bayam (direbus) dan biji bunga matahari.

Makanan-makanan ini juga kaya dengan antioksidan:

  • Prun
  • Epal
  • Kismis
  • Buah plum
  • Anggur merah
  • Alfalfa
  • Bawang merah
  • Terung
  • Bijirin

Lain-lain antioksidan yang boleh membantu memastikan kita sihat ialah zink dan selenium.

Sumber-sumber zink termasuklah tiram, daging merah, ayam, bijirin, kekacang, makanan laut, whole grain, cereals (perlu semak kandungannya untuk memastikan zink telah ditambah) dan produk tenusu.

Sumber-sumber selenium pula ialah seperti: kacang Brazil, tuna, daging lembu, ayam, roti dan produk bijirin lain.

Petua memasak: untuk mendapatkan manfaat terbesar antioksidan, makan makanan yang dikukus atau yang segar belum dimasak. Jangan terlebih memasak atau merebus.  

Jika tidak boleh mendapatkan cukup buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian barulah ambil makanan tambahan seperti multivitamin dan mineral.  Jangan malu untuk bertanya doktor atau pakar pemakanan.

SUMBER

Boleh baca lagi di:
Sustained Release Vita-C Plus
Vita-E Complex
Carotomax
Zinc Plus

Kalau nak dapatkan suplemen Shaklee boleh whatsapp Kak Laili di 010-2904863 ye

Comments

Popular Posts