Terbaharu ! Zinc Plus

Assalamualaikum semua

Selain daripada YOUTH Restoring Eye Treatment, satu lagi produk Shaklee iaitu Zinc Plus juga akan memasuki pasaran Malaysia mulai Oktober 2018.


Zink ialah sejenis mineral yang didapati dalam hampir setiap sel badan dan merupakan juga satu komponen dalam lebih 200 enzim*. Sebagai sebahagian daripada tindakbalas enzim, zink terlibat dalam pelbagai aktiviti biokimia termasuklah penghadaman protein, metabolisme asid amino, pengeluaran tenaga, metabolisma tulang, penggunaan Vitamin A dan pengeluaran hormon. Zink adalah amat penting dalam mengekalkan fungsi-fungsi badan yang betul, menyokong pertumbuhan sel-sel untuk rambut yang sihat, kuku, kulit dan menggalakkan kesihatan yang baik.

Enzim itu ialah sejenis protein yang bertindak sebagai mangkin organik yang dapat mengawal atur serta mempercepatkan tindakbalas biokimia dalam sel. Enzim diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Sedikit enzim akan memangkinkan satu bilangan besar tindakbalas biokimia yang sama. Enzim tidak boleh dimusnahkan selepas tindakbalas biokimia selesai. Oleh itu, enzim boleh digunakan berulang kali. Suhu optimum bagi tindakbalas enzim ialah pada 37oC.


Zink gluconate** adalah salah satu bentuk terbaik zink chelated* dan memberikan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan zink sintetik.

Unsur zink adalah sukar diserap ke dalam usus. Zink dalam bentuk makanan tambahan/suplemen selalunya melekat pada ejen chelate, iaitu kompaun yang mengikat atau memegang unsur zink berkenaan bagi membantu penyerapan. Oleh yang demikian, zink chelated merujuk kepada unsur atau atom zink yang melekat pada molekul lain, seperti asid picolinic.

** Zink chelated terbahagi kepada dua jenis utama iaitu asid organik dan asid amino. Asid organik yang biasanya melekat pada zink termasuklah asid picolinic, asid orotic, asid sitrik dan asid gluconic. Oleh yang demikian, selalunya label pada botol makanan tambahan/suplemen akan tertera  zink picolinate, zink gluconate dan sebagainya.



Kepentingan Zink untuk tubuh badan:
  1. membantu mengekalkan sistem imun dalam keadaan terbaik.
  2. membantu menyokong pertumbuhan normal.
  3. zink perlu dalam perkembangan sel, metabolisme, perkembangan seksual dan penyembuhan luka.
  4. mengawalatur pengeluaran dan pemulihan sel dan membantu membentuk kulit yang lebih sihat.
  5. menyokong kesihatan sistem reproduktif.
  6. membantu menghasilkan sperma matang dengan bentuk, fungsi dan kualiti sperma yang sihat.
  7. meningkatkan selera dan membantu menghasilkan air liur kerana ia mengangkut bahan kimia dalam mulut untuk membezakan jenis-jenis rasa.
Apakah tanda-tanda kekurangan Zink dalam badan?
  1. selalu terkena demam dan selesema
  2. luka lambat sembuh
  3. mengalami kehilangan rasa atau bau
  4. hilang selera makan
  5. mengalami cirit birit yang kerap
  6. senang terdedah kepada jerawat
  7. mempunyai bintik putih pada kuku
  8. rambut kerap gugur dan banyak tompok botak di kepala
  9. keinginan seksual yang rendah
  10. mempunyai sejarah bilangan sperma yang rendah

1 botol Zinc Plus mengandungi 120 biji dengan harga runcit RM56.25 

Saranan penggunaan: 
Untuk orang dewasa sahaja 1 biji sehari diambil sebelum makan. Jika ini menyebabkan ketidakselesaan pada perut, boleh ambil Zinc Plus selepas makan.

Boleh klik 👉 Panduan Pengambilan Vitamin untuk info lagi.


Berminat nak cuba Zinc Plus Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.

Comments

Popular Posts