Panduan Makan Di Luar

Assalamualaikum uolls

Ke mana kita siang Ahad tadi? Jalan-jalan dengan keluarga? Tentu sekali makan-makan kat luar kan.

Kita tengok apakah panduan makan di luar yang baik untuk kita ikuti OK 😉

Apakah yang perlu kita lakukan mula-mula sekali?
  • Pilihlah restoran/premis yang bersih. Perhatikan lantai, meja, kerusi, kipas dan lampu.
  • Lihat pekerja yang menyajikan makanan dan minuman bersih atau tidak.
  • Pilih makanan yang sihat dan selamat.
  • Pilih makanan yang tertutup dan tidak dihinggapi serangga.
Bagaimanakah restoran/premis makanan yang bersih?
  • Terletak jauh dari kawasan yang kotor dan berhabuk.
  • Bebas daripada serangga seperti lalat, lipas, tikus, kucing dan anjing jalanan.
  • Mempunyai kemudahan asas yang terbaik seperti saluran air bersih, pendawaian elektrik, saliran yang sempurna, tong sampah dan tandas yang bersih.
  • Mempunyai pengudaraan yang baik dan cahaya yang terang.
  • Menggunakan alatan untuk makan seperti sudu, garfu, pisau, chopstik dan kertas tisu yang sempurna dan bersih.
  • Mempunyai pekerja yang mengamalkan penjagaan kesihatan diri yang baik. Pakaian, kuku dan penampilan yang kemas.
  • Menutup semua makanan dan menggunakan penyepit makanan serta senduk semasa menghidangkan makanan.
Cara memilih makanan yang selamat
  • Elakkan makan makanan yang tercemar yang mengandungi benda asing seperti rambut, kuku, pasir dan serangga.
  • Pilih makanan yang tidak berubah pada rasa, bau dan rupa.
  • Pilih makanan yang segar dan baru dimasak.
  • Elakkan mengambil makanan yang terlebih masak sebagai contoh seperti sate terlebih hangus.
  • Pastikan makanan di dalam tin atau yang dibungkus masih dalam keadaan elok di mana tin tidak kemek.
  • Hadkan pengambilan makanan yang banyak mengandungi perisa tambahan dan perwarna tiruan.
  • Elakkan makanan yang telah digoreng kembali berulang kali.
Cara memilih makanan sihat semasa makan di luar
  • Pilih diet seimbang sebagaimana yang disarankan mengikut piramid makanan.
  • Jangan terlebih memesan makanan dan hanya ambil makanan dengan hidangan bersaiz kecil berdasarkan Saranan Pengambilan Makanan.
  • Minta minuman yang kurang gula.
  • Hadkan menambah garam dan kicap yang terdapat di atas meja ke dalam makanan jika tidak perlu.
  • Pesan jus buah yang segar dan elak minuman berkarbonat.
  • Minta lebihkan sayur-sayuran dalam mee, nasi dan steak.
  • Gantikan salad dan bukannya kentang goreng apabila memesan makanan segera.
  • Pesan dessert seperti salad atau buah-buahan segar.
Haaa....gitu lah. Minggu depan boleh praktikkan panduan ni ye.

Jika berminat nak dapatkan products Shaklee ataupun berminat nak jadi ahli (boleh dapatkan products Shaklee pada harga ahli yang lebih rendah daripada harga runcit) boleh whatsapp Kak Laili di 010-2904863

Comments

Popular Posts