10 Aktiviti Yang Terbukti Secara Saintifik Membantu Perkembangan Kanak-kanak

Assalamualaikum semua 👋

Bagaimana menggandakan kepintaran anak-anak? Mengikut kajian sains ianya tidak mustahil. Para saintis sering menyatakan bahawa 10 tahun pertama dalam kehidupan seorang kanak-kanak adalah yang paling penting. Ini kerana pada 10 tahun pertama inilah otak kanak-kanak mudah menyerap apa yang diajar oleh ibu bapa dan guru.

10 aktiviti di bawah dapat membantu perkembangan kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti tersebut telahpun dibuktikan secara saintifik. Tambahan pula ianya turut memberi faedah kepada remaja dan orang dewasa.

1) Galakkan anak-anak belajar muzik.
Mengikut kajian, pelajaran muzik membuatkan anak-anak lebih bijak. Kanak-kanak yang menghadiri kelas-kelas muzik mempamerkan IQ yang lebih tinggi. Namun kesan itu adalah agak kecil. Walau bagaimanapun, kajian mendapati bahawa latihan muzik memberikan kelebihan kepada pembelajaran di dalam bilik darjah. Kanak-kanak didapati lebih mudah memberi tumpuan dan lebih mendengar kata guru yang mengajar ketika berada di dalam kelas.

2) Galakkan kanak-kanak mengambil bahagian dalam sukan.
Kajian mendapati bahawa tubuh badan yang sihat meningkatkan kebolehan menerima ilmu baru. Pada tahun 2007, kajian oleh penyelidik Jerman mendapati bahawa seseorang itu mampu belajar perkataan baru 20% lebih cepat setelah melakukan senaman berbanding dengan sebelum bersenam. Dalam satu lagi kajian, sekumpulan sukarelawan telah melakukan suatu regimen senaman selama tiga bulan dan mengambil gambar-gambar otak mereka selepas bersenam. Mereka mendapati bahawa isipadu kapilari di bahagian memori hippocampus (kawasan otak yang memfokuskan kepada ingatan dan pembelajaran) meningkat sebanyak 30%.

3) Membaca BERSAMA anak-anak bukan KEPADA anak-anak.
Apabila membaca bersama anak-anak jangan biarkan mereka hanya merenung gambar-gambar di dalam buku. Sebaliknya, berkongsi membaca dengan mereka kerana ini akan membantu mereka membina kemahiran membaca sejak dari kecil lagi. Apabila membaca dikongsi di antara ibu bapa dan anak-anak, ia menggalakkan keupayaan literasi awal, walaupun di kalangan anak-anak yang kurang bernasib baik.

4) Tidur malam yang baik adalah sangat penting!
Kajian menunjukkan bahawa terdapat hubung kait rapat di antara gred pelajaran dan purata jumlah tidur kanak-kanak. Malahan didapati bahawa kekurangan satu jam tidur adalah bersamaan dengan kehilangan dua tahun kematangan kognitif dan perkembangan kanak-kanak. Dalam kajian yang dijalankan, didapati bahawa pelajar yang mendapat gred A purata tidurnya adalah kira-kira 15 minit lebih daripada pelajar yang mendapat gred B. Pelajar gred B ini juga purata tidurnya adalah 15 minit lebih daripada pelajar gred C. Begitulah seterusnya.

5) Kejayaan ditentukan oleh disiplin diri dan bukannya IQ
Kajian menunjukkan bahawa tekad dan kesungguhan yang menentukan kejayaan. Pelajar yang mempunyai keazaman yang tinggi adalah lebih cenderung untuk mendapat gred yang lebih tinggi di dalam kelas. Mereka tidak ponteng kelas dan kurang menghabiskan masa dengan menonton televisyen. Masa mereka lebih banyak dihabiskan dengan belajar dan menyiapkan kerja sekolah. Kajian juga mendapati bahawa disiplin diri meningkatkan lagi gred mereka pada sepanjang tahun persekolahan dan bukannya IQ. Disiplin diri terbukti mempunyai kesan yang lebih besar terhadap pencapaian akademik berbanding kepintaran semata-mata.

6) Pembelajaran sebenar bukan pasif sebaliknya aktif.
Aplikasi dan latihan permainan untuk otak sebenarnya tidak menunujukkan kesan positif ke atas kosa kata anak-anak yang berumur 17 hingga 24 bulan. Sesetengah daripadanya telah terbukti mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan. Didapati bahawa bagi setiap jam yang dihabiskan oleh kanak-kanak menonton DVD dan video, mereka memahami secara purata enam hingga lapan perkataan kurang daripada kanak-kanak yang tidak menonton DVD dan video. Ini kerana otak berkembang apabila kanak-kanak belajar dengan cara perbuatan dan bukan dengan pendengaran. Oleh itu adalah lebih berfaedah untuk menghafal dengan cara menggunakan 30% daripada masa dengan membaca dan 70% lagi dengan ujian.

7) Apa yang dimakan oleh kanak-kanak mempengaruhi gred mereka.
Kajian menunjukkan bahawa makanan tinggi karbohidrat, tinggi serat dan lambat dihadam seperti oatmeal adalah yang terbaik. Selain itu, apa yang dimakan seminggu sebelum juga adalah penting. Dalam satu kajian, 16 pelajar kolej telah diuji dengan perhatian dan kelajuan berfikir. Mereka kemudiannya telah diberi diet yang tinggi lemak, rendah karbohidrat, kaya dengan daging, keju, telur dan krim selama 5 hari dan kemudian diuji sekali lagi. Hasil kajian menunjukkan bahawa prestasi mereka telah menurun. Kajian juga mendapati bahawa kafein dan glukosa memberi kesan yang positif terhadap prestasi kognitif. Para pengkaji mencadangkan bahawa menggabungkan kafein dengan glukosa mampu membantu meningkatkan perhatian.

8) Kanak-kanak yang membesar dengan gembira dan bahagia lebih cenderung menjadi orang dewasa yang berjaya.
Secara purata, orang-orang yang bahagia akan lebih berjaya di tempat kerja dan dalam kehidupan peribadi. Hasil kajian menunjukkan bahawa mereka mempunyai pekerjaan dan prestasi kerja yang lebih baik dan mendapat gaji yang mereka idamkan. Mereka juga lebih cenderung untuk mempunyai keluarga yang bahagia. Oleh sebab itu adalah sangat penting bagi seorang kanak-kanak mempunyai permulaan hidup yang gembira dan membesar dalam persekitaran yang sihat.

9) Hubung kait antara pengaruh rakan-rakan sebaya dan prestasi di sekolah.
Dalam kajian yang dijalankan oleh Dartmouth College, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat ke atas kanak-kanak. Didapati bahawa pelajar yang mempunyai purata gred yang lebih rendah berjaya meningkatkan gred mereka apabila berkawan dengan rakan-rakan sebaya yang mempunyai gred yang tinggi.

10) Beri kepercayaan kepada anak-anak
Anak-anak yang membesar dalam persekitaran di mana ibu bapa dan guru sentiasa memberi kepercayaan kepada mereka berkembang menjadi individu yang positif. Satu kajian bilik darjah telah dijalankan oleh Rosenthal dan Lenore Jacobson pada tahun 1968. Mereka memberitahu guru-guru sekolah rendah bahawa pelajar-pelajar tertentu di kelas mereka cemerlang di bidang akademik. Pelajar-pelajar telah dipilih secara rawak. Pada akhir tahun persekolahan, 30% daripada pelajar-pelajar yang dipilih telah mendapat purata sebanyak 22 mata IQ dan hampir semua pelajar telah mendapat sekurang-kurangnya 10 mata IQ.

SUMBER

Klik Vita-lea for children dan Meal shakes untuk baca tentang suplemen Shaklee untuk kanak-kanak.





Nak dapatkan suplemen yang boleh bantu anak-anak? WhatsApp 010-2904863 hari ini.

Comments

Popular Posts