Makanan Pakar Neurologi Untuk Kesihatan Otak

Assalamualaikum semua

Kita pernah mendengar ungkapan "makanan untuk otak". Membaca buku dan menonton dokumentari dikatakan mungkin meningkatkan kreativiti atau mengajar kita tentang sesuatu yang baharu. Tetapi perkara-perkara ini tidak dapat membekalkan minda dengan nutrisi yang diperlukan untuk otak berfungsi dengan optimum.

"Otak kita adalah apa yang mencipta realiti," kata Dr. Kelsey Brenner seorang pakar neurologi dari South Florida Intergrative Health. "Otak menyerap maklumat daripada persekitaran kita, mengetahui tentang orang lain dan apa yang kita katakan kepada diri kita sendiri. Ianya sentiasa menyerap informasi. Otak juga menyerap informasi daripada makanan".

Kita sering berfikir bahawa alam sekitar sebagai satu penentu utama realiti kehidupan tetapi keadaan kesihatan fizikal otak seseorang juga boleh memberi impak yang besar.

Pakar neurologi mencadangkan beberapa makanan untuk kesihatan otak yang optimum. Makanan ini membantu mengekalkan kesihatan otak apabila otak semakin tua, membantu otak lebih fokus dan mungkin juga membaiki kerosakan lepas atau menyingkir toksin. Semua kesan-kesan tersebut apabila digabungkan boleh membantu mencegah dementia, Alzheimer dan lain-lain bentuk kemerosotan kognitif.


1) Avokado
Asid lemak Omega 3 yang terkandung di dalam avokado membantu mengurangkan risiko hilang ingatan dan kemurungan. Avokado juga boleh melawan keradangan kerana asid oleik iaitu kompaun yang ditemui dalam beberapa kajian membantu mengurangkan tindak balas keradangan yang boleh membawa kepada penyakit degeneratif seperti Alzheimer.



2) Beras hitam
Beras hitam mendapat warnanya daripada anthocyanins, kompaun anti-radang dan antioksidan yang juga ditemui dalam bluberi, beri hitam, dan lain-lain tumbuhan berwarna gelap. Menurut Dr. Robert Zembroski, seorang pakar nutrisi dan neurologi kiropraktik, "Anthocyanins adalah seperti janakuasa system saraf. Beberapa data menunujukkan bahawa anthocyanins meningkatkan penghantaran saraf dan meningkatkan neuroplasticity iaitu kebolehupayaan otak berubah di sepanjang hidup seseorang individu. Ini meningkatkan kecekapan laluan dalam otak dan sistem saraf. Kompaun yang berwarna gelap tersebut didapati meningkatkan kesihatan kognitif dan melindungi sistem saraf daripada sebatian toksik". 



3) Bluberi
Antioksidan memainkan peranan yang besar untuk menghalang kemerosotan otak. "Antioksidan adalah sistem pembersihan dan perlindungan untuk otak," menurut Dr. Brenner. Buah beri seperti bluberi, raspberi dan strawberi adalah pilihan snek yang kaya dengan antioksidan. Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition, kerap memakan beri mungkin boleh dijadikan sebagai satu strategi dalam rawatan dan pencegahan penyakit neurodegenerative dan disfungsi otak pada lanjut usia.




4) Dark chocolate
Dr. Zembroski mencadangkan dark chocolate kerana flavonoid iaitu kelas antioksidan yang telah terbukti memperbaiki daya ingatan dan membantu mereka yang mengalami kecederaan otak traumatik. Ini kerana kecederaan otak boleh menurunkan fungsi kognitif dan ingatan. "Dark chocolate membantu melindungi otak daripada kerosakan yang disebabkan oleh toksin sebagai contoh daripada alkohol. Coklat juga adalah sejenis penggalak utama mood bukan hanya kerana rasanya yang sedap tetapi kerana ia benar-benar boleh mengubah komposisi kimia di dalam otak kita."




5) Kopi tanpa krimer, sirap dan gula
Kopi adalah baik untuk otak. "Kopi mendapat reputasi buruk kerana ramai yang menambahnya dengan krimer, sirap dan gula yang boleh menjejaskan sistem saraf," kata Dr. Zembroski. "Kopi hitam mempunyai banyak manfaat untuk otak. Kopi mengandungi kompaun yang boleh meningkatkan serotonin. Kafein dan antioksidan dalam kopi meningkatkan kepekaan dengan menghalang enzim yang dipanggil adenosine yang membuatkan kita mengantuk. Kopi juga berfungsi untuk meningkatkan fokus dan tumpuan.



6) Curcumin iaitu sebatian dalam kunyit
Curcumin adalah anti radang dan antioksidan yang kuat. Kajian menunjukkan bahawa curcumin adalah sangat baik bagi mereka yang mempunyai potensi menghidap dementia, Alzheimer atau penghidap kecederaan otak traumatik." Curcumin merangsang apa yang dipanggil faktor neurotrophic sintesis otak, yang membantu sel-sel otak untuk berkembang. Curcumin juga meningkatkan serotonin dan dopamin dalam otak untuk menghalang stres.



7) Telur
Kuning telur mengandungi nutrien yang dikenali sebagai lutein yang sangat baik untuk fungsi kognitif, menurut Dr. Anna Hohler, Pengerusi Neurologi Pusat Perubatan St. Elizabeth. Sebab itulah telur disarankan diambil semasa bersarapan.



8) Grapefruit
Grapefruit ialah sejenis buah yang mempunyai kandungan gula yang rendah, mengandungi antioksidan dan sangat baik untuk tekanan darah normal.



9) Daging lembu (lembu yang memakan rumput bukan bijirin)
Protein adalah amat penting bagi kesihatan otak. "Asid amino dalam protein membantu mencipta neurotransmiter," kata Dr. Brenner. "Protein adalah asas untuk membina neurotransmiter, yang membantu otak berkomunikasi dan membuat kita berasa bertenaga." Lembu yang diberi makan rumput adalah pilihan yang baik. Ini kerana cara lembu dibesarkan sangat penting untuk mendapat nutrisi yang sepatutnya. 


10) Teh hijau
Teh hijau adalah salah satu minuman sihat kerana ia mengandungi banyak antioksidan. Menurut Dr. Zembroski the hijau mengandungi asid amino L-theanine yang meningkatkan aktiviti neurotransmiter yang dipanggil GABA (asid gamma – aminobutyric). GABA menenangkan otak dan melegakan sistem saraf. Individu yang tidak menghasilkan cukup GABA mempunyai tanda-tanda keresahan. Teh hijau juga mengandungi polifenol yang boleh mengurangkan kebarangkalian berlakunya kemerosotan kognitif bagi mereka yang berisiko menghidap Parkinson dan Alzheimer.



11) Legumes seperti bijirin, kekacang, lentil
Legumes adalah serat sihat yang diperlukan oleh otak. "Apabila kita mengambil karbohidrat, sama ada daripada buah-buahan, sayur-sayuran atau bijirin, badan akan memecahkan mereka kepada glukosa," jelas Dr. Brenner. "Glukosa memberi tenaga kepada tubuh  badan termasuklah otak. Glukosa daripada karbohidrat kompleks mengambil masa yang agak lama untuk dipecahkan berbanding gula putih. Gula putih boleh meningkatkan kadar insulin tubuh. Peningkatan insulin secara mendadak memberi kesan kepada kesihatan otak dan boleh menyebabkan keradangan. Kekacang adalah sumber protein dan glukosa, kedua-duanya diperlukan oleh otak. Jangan mengambil legumes dalam kuantiti yang besar kerana ini boleh menyebabkan kadar insulin meningkat."



12) Minyak zaitun
Menurut Dr. Sabbagh, data yang sangat kuat menyokong gaya pemakanan penduduk Mediterranean yang berupaya mencegah Alzheimer dan penyakit lain yang berkaitan dengan otak. "Diet ini melibatkan ikan, bijirin, kekacang, minyak zaitun, antioksidan dan rempah ratus. Apa yang paling penting ialah lemak mono tak tepu seperti di dalam minyak zaitun. Minyak zaitun bukan hanya baik untuk jantung tetapi untuk kesihatan otak." 



13) Salmon liar 
Salmon termasuk dalam diet Mediterranean yang sihat. Salmon mengandungi protein dan asid lemak omega-3. Dr. Zembroski menjelaskan, "kuasa sebenar asid lemak daripada makanan adalah kepekatan diacylglycerol (DAG), yang membantu mencegah kemerosotan kognitif dan gangguan mood." Jenis ikan berlemak terbaik ialah yang ditangkap liar bukan diternak. Ikan lain seperti ikan sardin dan kerang juga boleh membantu membekalkan lemak sihat sama seperti yang ditemui pada ikan salmon.



14) Biji bunga matahari dan flaxseed 
Biji bunga matahari dan flaxseed mengandungi asid lemak omega-6 yang membantu sambungan di otak, meningkatkan pertumbuhan dan pembelajaran. "Ia membantu melindungi otak dan membantu komunikasi ke kawasan-kawasan lain otak," jelas Dr. Brenner. "Kesannya boleh dilihat ke atas memori dan kemampuan untuk fokus. Ia juga boleh membantu dalam penciptaan memori baharu dan membantu pembelajaran."



15) Bayam
"Makanan tinggi lutein seperti bayam adalah sangat baik untuk fungsi kognitif," kata Dr. Hohler. Kale dan lain-lain sayuran berdaun juga membekalkan banyak lutein yang bermanfaat untuk otak.




16) Kacang walnut
Kacang walnut kelihatan seperti otak! Kacang secara umumnya membekalkan vitamin dan asid lemak omega-3, mengandungi antioksidan dan penuh dengan polifenol. Mengikut jurnal nutrisi, sebatian polifenol yang ditemui khususnya dalam kacang walnut mengurangkan tekanan dan keradangan pada otak. Ia juga melancarkan isyarat neuro (iaitu cara otak berkomunikasi) dan meningkatkan pertumbuhan neuron. Kacang walnut juga mengandungi vitamin E, yang membantu melindungi sel-sel daripada serangan radikal bebas. Pakar neorologi mencadangkan pengambilan kekacang sebagai snek.



SUMBER

Comments

Popular Posts