Hail's Soft Serve Ice Cream @ Pavilion

Assalamualaikum semua

Hari Sabtu lepas Kak Laili try aiskrim jenis soft serve di Hail's Pavilion. Kenapa soft serve (dihidang lembut hahaha) ?  Ianya ialah sejenis aiskrim yang lebih lembut dan kurang tumpat berbanding aiskrim biasa kerana udara dimasukkan semasa proses membeku hahaha. Mungkin orang bijak pandai sains boleh tolong explain 😆

Kalau di US aiskrim jenis soft serve takde yang di prepacked macam yang dijual di pasaraya. Soft serve banyak dijual di karnival, taman-taman permainan, restoran dan kedai-kedai aiskrim macam Hail's ni lah.

Kak Laili cuba 2 perisa: Sagu gula melaka (ada sagu) dan pulut tai tai (tentulah ada pulut hahaha)


Sagu gula melaka

Pulut tai tai

Memang lembut betullah aiskrimnya. Berperisa Malaysia lagi 😋

Uolls bolehlah cuba. Ada macam-macam lagi dessert seperti waffle dan milk tea (serupa Chatime & Tealive tu)




Comments

Post a Comment

Popular Posts