Resepi Sedap - Kek Kurma

Assalamualaikum salam Jumaat yang penuh barakah.

Kita dah sampai ke penghujung Syawal. Semalam Kak Laili tengok ada lagi baki kurma dalam peti sejuk tu. Taknak membazir punya pasal terfikir pula resepi sedap dengan kurma. Kalau rajin nanti boleh Kak Laili cuba 👍

Kek Kurma

Bahan-bahan yang diperlukan:

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking soda
1 cawan kurma - dibuang biji
1 1/2 cawan susu segar
1 cawan minyak masak/minyak jagung
1 1/4 cawan gula perang
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1. Ayak tepung gandum bersama baking soda dan ketepikan.
2. Blend susu segar, minyak masak/minyak jagung, kurma, gula perang sehingga halus
3. Masukkan bahan-bahan yang diblend tadi ke dalam mangkuk dan masukkan tepung yang diayak
sedikit demi sedikit. Gaul hingga rata secara kaup balik dan masukkan juga esen vanilla.
4. Masukkan adunan kek ke dalam acuan yang telah digriskan dengan majerin/butter. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 50 minit atau sehingga kek masak bergantung kepada oven masing-masing. 

5. Kalau guna acuan silicone, alaskan acuan dengan dulang yang rata untuk senang diangkat. Tunggu kek suam dahulu baru terbalikkan.





Sumber: Zalekha Cooking


Comments

Popular Posts