8 Sebab Kenapa Membaca Baik Untuk Anda

Assalamualaikum semua

Siapa kat sini suka membaca? Kita geng πŸ™‹

Kak Laili suka baca buku-buku tulisan Philippa Gregory (Klik Philippa Gregory untuk info). Kak Laili mula baca buku dia dari tahun 2006 lagi hehehe.




Ada juga buku dia yang Kak Laili tak beli sebab dah pinjam kat perpustakaan. Ye, Kak Laili zaman dulu rajin pinjam buku kat perpustakaan. Sekarang perpustakaan pun tak jejak dah hahaha πŸ˜†

Tahu tak ada banyak kelebihan membaca ni. Di antaranya ialah:

1) Pendedahan kepada perkara-perkara baharu.
Melalui bacaan, kita dapat tahu banyak perkara-perkara baharu, maklumat baharu, cara baharu untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan cara-cara baharu untuk mencapai sesuatu perkara. Siapa tahu – mungkin kita sedang tercari-cari hobi baharu? Siapa tahu – mungkin kita sedang mencari-cari satu perkara yang betul-betul kita minat dan akhirnya menjadi kejayaan dalam kerjaya di masa hadapan? Penerokaan bermula dari membaca dan memahami πŸ™Œ

2) Untuk peningkatan diri.
Membaca membantu peningkatan diri dan membentuk diri kita menjadi lebih baik. Melalui bacaan, kita mula memahami lebih banyak tentang dunia ini. Melalui bacaan, kita mula mempunyai pemahaman yang lebih mendalam mengenai sesuatu topik yang menarik minat kita. Sebagai contoh: bagaimana untuk membina keyakinan diri, cara-cara membuat rancangan yang lebih baik sebelum mengambil tindakan, bagaimana untuk menghafal dengan mudah dan banyak lagi. Peningkatan diri bermula daripada membaca. Membaca membantu kita "mencipta laluan" berstruktur ke arah tindakan yang lebih baik untuk masa hadapan.

3) Membaca meningkatkan pemahaman tentang sesuatu perkara.
Semakin banyak membaca, semakin kita memahami sesuatu perkara dari awal hingga akhir. Sebagai contoh membaca membolehkan kita mengetahui lebih lanjut mengenai buaya dan faham tabiat buaya. Apabila kita telah faham tabiat buaya kita akan lebih berhati-hati, menjauhkan diri daripada tempat-tempat yang dijangka banyak buaya. Atau ada yang berani meneroka dengan mencuba pengalaman mendekati buaya untuk melihat apa yang bakal berlaku 😱. Membaca juga meningkatkan pemahaman tentang peraturan-peraturan hidup semasa dalam usaha untuk menyesuaikan diri di tempat baharu seterusnya menjadi anggota masyarakat yang lebih baik. Untuk menjadi hebat dalam sesuatu permainan bukan kah kita terlebih dahulu perlu memahami undang-undang permainan tersebut?

4) Persediaan sebelum mengambil sebarang tindakan.
Sebelum mengambil apa-apa tindakan, di manakah kita boleh mendapatkan bantuan dan bimbingan? Membaca adalah salah satu cara yang boleh membantu. Dalam dunia hari ini mendapatkan ulasan dan maklum balas daripada orang lain boleh memberi kesan yang besar kepada keputusan kita dan seterusnya mempertimbangkan kebaikan dan keburukan setiap pilihan. Ramai yang suka membaca tentang bagaimana untuk memasak hidangan kegemaran keluarga, bagaimana cara-cara untuk menang permainan catur, di mana tempat yang bagus untuk bercuti dengan keluarga dan membaca manual sebelum menggunakan sesebuah peralatan baru. Membaca boleh membantu kita lebih bersedia sebelum mengambil sebarang tindakan.

5) Memperolehi pengalaman orang lain.
Semasa membaca kita sebenarnya memperolehi pengetahuan dan pengalaman seseorang. Ia boleh membantu mempercepatkan peluang kejayaan ke arah suatu matlamat kerana kita tidak perlu mengulangi kesilapan yang sama yang pernah dilakukan oleh individu tersebut sebaliknya memberi tumpuan kepada jalan yang betul dalam mencapai sesuatu perkara. Mengikut kajian terdapat lebih 4,000 billionaires dan 12 juta millionaires hari ini. Untuk menjadi salah seorang daripada mereka, perkara pertama adalah untuk belajar dan mengenali siapa mereka sebelum ini dan apa yang mereka lakukan pada masa lalu yang membuatkan mereka berada di mana mereka berada hari ini. Membaca merupakan satu laluan yang besar untuk dapat mengenali mereka dan belajar daripada orang-orang yang hebat.

6) Membaca sebagai alat komunikasi.
Membaca dikategorikan sebagai alat komunikasi selain daripada media elektronik. Melalui bacaan kita memahami lebih lanjut tentang sesuatu perkara dan seterusnya boleh berkomunikasi dengan lebih baik dengan orang lain. Individu yang kurang pengetahuan tidak mempunyai apa-apa untuk dikongsi dan mungkin tidak faham apa yang sedang dikongsikan oleh orang lain. Melalui bacaan, kita membina asas yang lebih kukuh untuk berkomunikasi. Membaca adalah salah satu alat terpenting yang kita gunakan setiap hari untuk berhubung di antara satu sama lain. Jika kita tidak membaca sukar untuk kita berhubung dengan dunia luar.

7) Menggalakkan sel-sel otak berhubung.
Keadaan senyap sewaktu membaca terjadi kerana membaca berhubung dengan otak secara terus. Keadaan senyap menyebabkan otak menjadi aktif untuk mencari maklumat lanjut. Otak menjadi fokus dan jelas. Oleh itu, otak berkembang melalui pelajaran dan bacaan.

8) Meningkatkan imaginasi dan kreativiti.
Membaca juga mendedahkan dunia imaginasi, menunjukkan seolah-olah tiada apa yang mustahil di dunia ini. Melalui bacaan, kita berupaya melihat sudut yang berbeza bagi sesuatu yang biasa kita kenali dan bagaimana tindakan berbeza membawa kepada keputusan yang berbeza-beza. Membaca meningkatan kreativiti untuk mencari penyelesaian.

SUMBER


Comments

  1. Betul . Tapi sekarang ni dah macam kurang nak membaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah kan Azi. Kak Laili memaksa diri sama macam senaman juga hehehe

      Delete

Post a Comment

Popular Posts