Omega 3 Untuk Minda Yang Sihat
Assalamualaikum uolls
Tidak semua lemak itu jahat! Omega 3 ialah sejenis lemak yang baik untuk menyokong kesihatan dan fungsi normal tubuh badan. Omega 3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda kita berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam.
Pengambilan Omega 3 menunjukkan:
Tidak semua lemak itu jahat! Omega 3 ialah sejenis lemak yang baik untuk menyokong kesihatan dan fungsi normal tubuh badan. Omega 3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda kita berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam.
Pengambilan Omega 3 menunjukkan:
- Kesan positif terhadap pemikiran, memori, tumpuan dan perhatian.
- Menyokong pembelajaran dan kemampuan membaca yang optimum.
- Peningkatan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori.
Kajian telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA iaitu zat Omega 3 membantu meningkatkan kepadatan bahagian otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega 3 membantu:
- Membangkitkan mood.
- Meningkatkan kesejahteraan emosi secara keseluruhan.
Peningkatan usia menyebabkan penyerapan nutrien menjadi perlahan. Ini memberi kesan kepada penggunaan DHA oleh otak dan prestasi mental. Omega 3 membantu mengekalkan fungsi kognitif yang sihat di kalangan warga emas. Sains kognitif merupakan satu kajian saintifik yang bermatlamat untuk memahami sifat semula jadi fikiran manusia. Pengambilan Omega 3 di kalangan warga emas secara teratur membantu:
- Merendahkan risiko penurunan fungsi kognitif.
- Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya memori.
- Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
- Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.
Omega 3 khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk pembangunan otak. Oleh itu, pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana:
- Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
- Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan kanak-kanak.
- Meningkatkan koordinasi 'tangan dengan mata' dan kepintaran kanak-kanak.
- Meningkatkan tumpuan dan perhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
- Menyokong perkembangan deria, persepsi, kognitif dan sistem saraf motor semasa tempoh tumbesaran otak itu sendiri.
Nak dapatkan sumber Omega 3 untuk minda yang sihat? WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 untuk suplemen Omega 3 Shaklee iaitu Omega Guard !
terima kasih atas perkongsian sis
ReplyDeletesama-sama Hans :)
Delete