Football's Not Coming Home

Assalamualaikum semua

Pagi tadi berkecai sudah harapan England untuk membawa pulang World Cup. Nampaknya penantian seperti dalam lagu Football's Coming Home akan berterusan selama 4 tahun lagi πŸ˜”




Kenapa Football's Coming Home? Sebab mengikut sejarah bolasepak moden telah dimulakan di England. Lama betul World Cup ni berjalan tak tau bila lah nak balik kampung kan 😁

Final nanti France bertemu Croatia lah. Kak Laili dah pernah tengok team France menjulang World Cup pada tahun 1998. Team France sangat kuat masa tu dengan Zinadine Zidane, Didier Deschamps, Thierry Henry, David Trezeguet dan ramai lagi star! Tak lupa juga team Italy yang menang pada tahun 2006 di mana masa tu Kak Laili memang penyokong Italy. Ada Alessandro Del Piero, Francesco Totti, Fabio Cannavaro, Andrea Pirlo, Alessandro Nesta dan lain-lain yang hebat-hebat. Jadi harapan Kak Laili kali ni nak lah tengok England pula menang World Cup. Almaklumlah masa England menang dulu pada tahun 1966 Kak Laili belum wujud di dunia ni lagi. Lagipun waktu tu England hanya menjulang trofi Jules Rimet dan bukan trofi World Cup seperti yang ada pada hari ni. SUMBER

Sebenarnya inilah peluang terbaik untuk England menang kali ni sebab team lain yang dianggap hebat dan gagah ramai dah terkeluar.

TAPI sudah tentulah Kak Laili sokong team dari benua Asia. Kak Laili pun teringin nak tengok sama ada Japan atau South Korea boleh bawa pulang World Cup. Selalu sangat juara dari benua Amerika ataupun benua Eropah kan. Kalau Asia tak mampu biarlah World Cup ke benua Afrika pula. Mula-mula Kak Laili ingat Egypt boleh pergi jauh sebab ada Mohamad Salah tapi tak menang juga. Begitu juga Senegal dan Nigeria takde rezeki.

Untuk final nanti uolls sokong team mana? Nampak macam France ada peluang sebab team France ni muda belia belaka. Team paling muda dalam World Cup kali ni. Team France dianggap hebat pada setiap sudut. Pogba, Umtiti, Pavard, Varane, Griezmann semuanya berumur 20an dan Mbappe baru 19 tahun! Mungkinkah Kak Laili bakal menyaksikan kemenangan France sekali lagi? 😁


Three Lions Salad sewaktu World Cup 2010. Tapi yang menang Spain!

Comments

  1. Team england tu rasa macam wajib sokong. Tak taulah kenapa hehe... But definitely not Brazil or Argentina. Sy prefer sokong underdog teams sebab bila depa reach level by level tu buat kita lagi semangat nak tengok depa go thru next level until final.

    Antara France dgn Croatia saya prefer France but if Croatia menang pun ok. Against the odds. It's gonna be a sweet memory macam Greece memang euro few years back. Team underdog menang memang thrill.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best juga kan kalau Croatia menang. Belum pernah merasa World Cup lagi tu. Kak Laili mula-mula ingat Japan ada harapan tapi tetiba kalah pulak dengan Belgium

      Delete

Post a Comment

Popular Posts