Jom Bakar Kalori Sekarang

Assalamualaikum

Antara benda yang paling susah Kak Laili nak lakukan ialah bersenam 😆 Setiap kali pun mesti memaksa diri untuk lakukan senaman. Ye lah kan nak sihat bukan hanya jaga pemakanan dan ambil suplemen kesihatan. Bersenam, tidur yang cukup dan meditasi (solat, doa, mengaji Al Quran dan sebagainya) juga sangat penting.

Sebenarnya kita mesti peruntukkan masa untuk lakukan senaman. Mesti komited dan jadikan senaman menyeronokkan. Tak semestinya ke gymnasium untuk bersenam. Senaman juga boleh dilakukan di rumah.

Untuk individu yang mempunyai berat 80 kg ke atas kat bawah ni ada saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia:

1) Berjalan pantas 15 minit
2) Lari setempat 10 minit
3) Lompat bintang 5 minit
4) Basuh kereta 15 minit
5) Senamrobik 15 minit
6) Naik tangga 10 minit
7) Sapu sampah 25 minit

SUMBER

Bila difikirkan semula tak lah susah mana pun. Boleh saja curi sedikit masa untuk lakukan senaman ni. Sambil sapu sampah tu kita boleh jenguk-jenguk atau dengar rancangan kat tv. Basuh kereta boleh dijadikan aktiviti bersama keluarga di hujung minggu. Kalau rumah 2/3 tingkat boleh naik turun tangga 10 minit setiap kali 😁

Ada satu video senaman yang Kak Laili selalu follow sebab boleh buat di rumah tanpa alat-alat senaman. Lagi satu yang penting ialah ianya tak menyeksakan badan hahahah





Jom cuba korang. Cuma perlukan 37 minit sahaja 😉

Jemput baca 👉 Kesan Bersenam



Comments

Popular Posts