Asid Lemak Omega 3 Adalah Lemak Yang Tidak Menggemukkan

Assalamualaikum semua

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega 3 memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh badan seperti meningkatkan peredaran darah, penting untuk kesihatan otak dan mengalakkan kesihatan sendi. Satu lagi yang menarik tentang asid lemak Omega 3 ialah ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang.

1) Mengawal Atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat.

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 dapat membantu tubuh badan mencapai tahap lemak yang sihat kerana:

  • Omega 3 meningkatkan kadar metabolik iaitu kadar kalori badan yang dibakar dalam sehari.
  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam dan menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak.
  • Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul daripada pemakanan harian.

2) Menyeimbangkan Rasa Kenyang.

Dua hormon utama iaitu ghrelin dan leptin berperanan mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega 3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur dua hormon ini. Asid lemak Omega 3 membantu meningkatkan rasa kenyang jadi tubuh badan berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan.


3) Meningkatkan Paras Insulin yang Sihat.

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat. Omega 3 dapat membantu meningkatkan kepekaan insulin badan di mana semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak.


4) Mengurangkan Tekanan/Stres.

Tahukah uolls tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan? Omega 3 membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, iaitu hormon tekanan yang menyebabkan tubuh badan menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.


Apa yang penting untuk kesihatan yang baik bukan hanya dengan makan suplemen Omega 3 tau. Mesti disertai dengan senaman yang berkala dan pemakanan yang seimbang OK !

Promosi bulan November:
  1. Beli 6 botol Omega Guard dan dapat 1 botol lagi secara PERCUMA (Harga runcit: RM817.50) ATAU
  2. Beli 2 botol Omega Guard dan dapat DISKAUN 5% (Harga runcit: RM258.88)

Jom dapatkan Omega Guard sempena promosi November ni. Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.



Baca lagi tentang Omega Guard kat SINI




Comments

Popular Posts