Zink dan Asid Lemak Omega-3 Untuk Memori dan Kesihatan Otak

Assalamualaikum semua 👋

Nak tak kekal peka dan bijaksana walaupun umur semakin meningkat? 

ZINK dan ASID LEMAK OMEGA-3 adalah 2 antioksidan penting yang berfungsi sebagai perangsang otak supaya kekal cergas sepanjang masa.

Bagaimana ZINK dan ASID LEMAK OMEGA-3 bertindak?

1) Menguatkan Memori dan Meningkatkan Keupayaan Pembelajaran.

Apabila kita menghafal atau belajar sesuatu yang baharu, sel-sel otak berhubung dan berkomunikasi di antara satu sama lain dengan merembeskan bahan kimia yang dipanggil neurotransmitter.

ZINK membantu penghantaran isyarat yang tepat dari satu sel ke sel lain dengan lancar. Kajian juga mendedahkan bahawa kekurangan zink dikaitkan dengan keupayaan pembelajaran dan memori yang lemah.
OMEGA-3 pula memudahkan komunikasi di antara sel-sel otak dengan memastikan penghantaran isyarat berjalan lancar.

2) Mengekalkan Kesihatan Otak.
Apabila umur semakin meningkat, tahap zink dalam badan semakin berkurangan. Akibatnya, prestasi otak kita menurun dan menimbulkan gejala seperti hilang ingatan, perubahan mood dan keupayaan pembelajaran yang rendah.
ZINK menyokong prestasi mental yang lebih baik dalam memori, fokus dan penguasaan bahasa.
OMEGA-3 mengurangkan risiko penurunan kognitif dan menggalakkan isyarat serta komunikasi saraf otak yang sihat untuk meningkatkan memori.

3) Menggalakkan Mood yang Baik dan Positif.
Badan yang sihat menggalakkan mood yang lebih baik menjadikan kita lebih positif.
ZINK memainkan peranan penting dalam memodulasi tindak balas otak dan badan terhadap tekanan dengan mengurangkan gejala seperti kemurungan, fikiran yang terganggu dan agresif. Ini menjadikan kita berasa lebih bahagia.
OMEGA-3 bertindak sebagai blok bangunan untuk otak yang lebih bahagia dengan meningkatkan mood dan memperbaiki kesejahteraan emosi secara menyeluruh.

Suplemen kesihatan Shaklee yang membekalkan Zink ialah Zinc Plus. Baca lagi kat SINI
Manakala suplemen kesihatan Shaklee yang membekalkan Omega-3 ialah Omega Guard. Baca lagi kat SINI

Berminat nak dapatkan Zinc Plus dan Omega Guard Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.

Comments

Popular Posts