Asid Lemak Omega 3 Membantu Kesihatan Jantung

Assalamualaikum semua

Jantung satu-satunya organ yang membekalkan darah ke seluruh badan. Jantung kita memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid lemak Omega 3 yang diketahui umum mempunyai ciri-ciri anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.

Bagaimana asid lemak Omega 3 membantu kesihatan jantung?

1) Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat.

Profil lipid merangkumi bacaan jumlah keseluruhan kolesterol: Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), Kolesterol LDL (Kolesterol Jahat) dan Trigliserida. Ia digunakan sebagai salah satu penilaian untuk menentukan risiko kita terhadap penyakit jantung. Pengambilan Omega 3 secara teratur telah didapati meningkatkan profil lipid secara positif dengan cara meningkatkan paras Kolesterol HDL (Kolesterol Baik), mengurangkan tahap Trigliserida (iaitu lemak dalam darah) seterusnya merendahkan risiko penyakit jantung.

2) Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat.

Semakin tinggi tekanan darah, semakin tinggi risiko untuk mengalami masalah kesihatan terutamanya penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tekanan darah tinggi memberikan tekanan pada saluran darah dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 boleh membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.

3) Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat.

Saluran darah yang luas adalah penting untuk kesihatan kerana jantung mengepam kira-kira 2,000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh kita. Omega 3 membantu mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri untuk pengaliran darah yang lancar. Omega 3 juga membantu melegakan keradangan pada lapisan dalaman saluran darah.

4) Memberikan Ritma Degupan Jantung Yang Sihat.

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung kita berdegup (biasanya setiap minit) manakala ritma jantung adalah corak degupan jantung. Jantung yang sihat mempunyai ritma jantung yang stabil. Hasil kajian dan penyelidikan telah menunjukkan bahawa Omega 3 membantu menjadikan ritma jantung yang tidak stabil kembali normal serta menurunkan risiko kematian mengejut.

5) Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat.

Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel tubuh badan. Omega 3 membantu mengurangkan risiko pembekuan darah dan meningkatkan aliran darah dengan cara menjadikan kekerapan pengembangan dan penyempitan saluran darah kepada normal.

Minyak ikan dikenali sebagai sumber Omega 3, terutamanya DHA dan EPA yang baik. Lemak sihat ini menyumbang kepada kesihatan jantung, fungsi otak, kesihatan sendi dan kesihatan ketika hamil. Panduan pemakanan menyarankan untuk makan 2-3 hidangan ikan seminggu terutamanya ikan yang dikategorikan sebagai ikan berminyak. Walau bagaimanapun, terdapat masalah kesihatan yang berkaitan dengan penggunaan ikan atau minyak ikan disebabkan oleh tahap bahan kimia toksik yang tinggi seperti logam berat, PCBs (polychlorinated biphenyls), merkuri dan dioksin yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit serius terutamanya dalam perkembangan fetus.

Jom gunakan carta di bawah untuk membantu uolls memilih ikan yang bagus dan seberapa kerap perlu dimakan berdasarkan tahap merkuri mereka. Pilihan terbaik tentulah ikan yang mempunyai tahap merkuri yang paling rendah.




Nak dapatkan sumber Omega 3 daripada suplemen kesihatan Omega Guard? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.

Klik 👉 INFO LAGI

Comments

Popular Posts