MAHA 2018 MAEPS Serdang

Assalamualaikum uolls

Semalam Kak Laili berjaya menjejakkan kaki ke MAHA 2018 !

Allahu........ walaupun semalam hari bekerja pengunjung tetap ramai. Alhamdulillah ada tempat nak parking kereta tak jauh dari tempat masuk. Makanya Kak Laili tak gunakan perkhidmatan shuttle bus untuk ke dewan pameran 😉



sini ada cendawan dengan lettuce


Macam-macam produk ada di Dewan C hasil usahawan tempatan. Boleh rasa sampel makanan, minuman, produk herba, kosmetik. Ni ada sedikit hasil tangkapan di dewan pameran produk-produk usahawan tempatan hehehe.....







Lepas dah ronda-ronda dewan pameran Kak Laili turun ke Castle of Fruits. Kat sini Kak Laili rasa nasi lemak dengan coconut shake. Selain kelapa macam-macam anak pokok ada - durian, limau kasturi, pisang, bunga orkid. Kalau ada tanah dah lama Kak Laili beli buat tanam kat kebun.

Meh tengok sedikit foto yang berjaya diambil 😅








anak pokok limau kasturi


anak pokok limau


Walaubagaimanapun Kak Laili kena juga naik shuttle bus untuk ke Laman Haiwan Ternakan. Almaklumlah nak juga tengok arnab, lembu, ayam, burung kannn.....


Namanya Ayam Brahma. Kaki pun berbulu sama macam badannya ha!

Anak kambing ni putih bersih. Tanduknya pun bersih!

Kat sini juga ada dewan untuk usahawan tempatan. Produk makanan kucing, susu kambing, pewangi kereta, biskut dan macam-macam lagi. Kak Laili berjaya beli pulut kuning Zarina Zainuddin yang viral tu.


pulut kuning rendang daging


Masa di Laman Haiwan Ternakan hujan pun turun dengan lebatnya. Tak dapatlah nak round ke Laman Padi dan Laman Nanas pula. Terpaksalah Kak Laili balik semula ke dewan pameran utama.

Uolls dah pergi MAHA 2018 ? Masih sempat lagi tau. Hari terakhir 2 Disember ni dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.


Comments

Popular Posts