7 Manfaat Luar Biasa Zink

Assalamualaikum uolls

Tahu tak zink selalunya digelar sebagai suplemen apa? Haaa....Sesetengah orang menggelarnya mineral lelaki macho manakala ada juga yang menggelarnya sebagai nutrien yang amat bagus untuk sel atau untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Tidak kira apa juga gelarannya, zink adalah mineral mujarab yang memberikan banyak manfaat kesihatan.

1. Meningkatkan Sistem Imun.
Ramai penyelidik mendapati bahawa zink membantu mengawal keradangan. Ini termasuklah:

  • Memendekkan tempoh selesema biasa.
  • Memberi sokongan imun dan mengaktifkan sel-sel imun supaya mereka berfungsi secara optimum.

2. Rambut Kuat dan Berkilau.
Zink penting untuk pertumbuhan sel, menyokong sel-sel yang sihat untuk prestasi badan yang optimum.

  • Menyokong struktur rambut yang lebih kuat dan folikel rambut yang lebih sihat.
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut.
  • Mempercepatkan pertumbuhan semula folikel rambut.

3. Kulit Cantik dan Berseri.
Sifat anti keradangan zink membantu mencegah radang dan meningkatkan pembaharuan sel.

  • Zink membantu mempercepatkan penyembuhan supaya kulit menjadi lebih sihat.
  • Merawat jerawat dan melegakan radang kulit untuk kulit yang berseri.

4. Permulaan Sihat, Keluarga Sihat.
Zink bekerja bersama enzim lain untuk mengekalkan kesihatan sistem reproduktif lelaki dan wanita.

  • Di kalangan wanita, zink membantu dalam pengawalan hormon, pengeluaran telur dan mengekalkan paras cecair folikel yang normal untuk membantu pergerakan telur menuju rahim, bagi proses penempelan.
  • Untuk lelaki, zink membantu meningkatkan jumlah sperma dan memperbaiki bentuk, fungsi dan kualiti sperma.

5. Meningkatkan Memori dan Pembelajaran.
Hipokampus, pusat memori dan pembelajaran otak, mempunyai tahap zink tertinggi.
  • Zink membantu meningkatkan komunikasi antara neuron untuk memproses maklumat dengan lebih cekap.
  • Melindungi saraf dan tisu otak.

6. Meningkatkan Tenaga dan Stamina.
Zink membantu menukarkan makanan menjadi tenaga secara optimum supaya kita mempunyai tenaga untuk menjalani aktiviti seharian.

  • Meningkatkan prestasi sukan.
  • Menggalakkan kekuatan dan ketahanan otot yang lebih baik.

7. Mempercepatkan Penyembuhan Luka.
Zink memainkan peranan penting dalam fungsi imun, melawan jangkitan, membantu dalam penghasilan tisu baru dan mengelakkan jangkitan pada luka.

  • Mengekalkan keutuhan dan struktur kulit.
  • Menghasilkan protein dan kolagen untuk menyembuhkan luka.
  • Memainkan peranan penting untuk pembekuan darah.


Jom baca lagi tentang Zinc Plus Shaklee kat SINI

Berminat nak cuba Zinc Plus Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.


Comments

Post a Comment

Popular Posts