7 Punca Utama Masalah Jerawat

Assalamualaikum uolls


Tentu uolls tahu masalah utama orang yang nak cantik jelita kan.....
Salah satu nya ialah jerawat !
Jerawat ialah satu keadaan kulit di mana terjadinya perubahan seperti berikut:
  • Bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat ringan)
  • Benjolan dengan bintik putih dan/atau bintik hitam (jerawat sederhana)
  • Bengkak yang dalam dan menyakitkan di bahagian bawah kulit, sama ada bernanah atau tidak (jerawat yang teruk)
Masalah kulit ini terjadi apabila liang roma tersumbat dengan minyak dan sel kulit mati. 
7 Punca Utama Masalah Jerawat ialah:
1. masalah hormon
  • hormon yang tidak stabil, kadar hormon yang meningkat atau berkurang
  • gangguan hormon akibat stress, depresi, sewaktu haid atau sakit.

2. persekitaran & bakteria
  • persekitaran yang berasap, berminyak dan berdebu
  • Propionibacterium acnes (P.acnes) iaitu bakteria yang wujud pada folikel rambut dalam liang roma.  

3. pemakanan
  • terlalu banyak makan makanan bergoreng, berminyak, berlemak dan pedas.
  • kurang makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  • alahan pada sesetengah jenis makanan seperti gluten dan makanan laut.

4. kosmetik & pemilihan produk penjagaan kulit yang salah
  • tidak membersihkan muka daripada alat solek sebelum tidur
  • solekan yang menempel lama pada kulit wajah membuatkan liang roma tersumbat dan sukar bernafas.
  • pemilihan produk penjagaan kulit yang tidak mengikut jenis kulit
  • penggunaan produk penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia terlarang

5. kurang minum air masak & kurang bersenam
  • apabila kurang minum air masak, toksin akan berkumpul dalam badan dan mengganggu sistem badan untuk berfungsi dengan optimum
  • bersenam adalah salah satu cara untuk mendapatkan kulit yang sihat

6. kurang rehat
  • kurang rehat dan kurang tidur menyebabkan proses pembentukan sel-sel dalam badan terganggu.
  • sel-sel dalam badan terbentuk sewaktu kita sedang tidur.

7. penggunaan ubat-ubatan yang keterlaluan
  • contohnya ubat perancang kehamilan
  • ubat anti depresi

Rawatan untuk jerawat disediakan dalam berbagai bentuk seperti:

  • Ubat sapu (krim, losen, gel dan pencuci bentuk cecair)
  • Ubat makan (pil, kapsul)

Bagaimana menghindari jerawat?
  • Jangan picit jerawat
  • Jangan kerap menyentuh muka
  • Minum banyak air kosong
  • Amalkan makanan seimbang
  • Ambil vitamin secara sederhana
  • Tukar alat solek, span dan berus setiap 6 bulan sekali bagi mengelak pertumbuhan bakteria.
  • Gunakan penyegar dari bahan semulajadi seperti jus lemon, kulit pisang dan teh hijau untuk kulit yang berminyak.
  • Guna alat solek atau produk penjagaan kulit yang bebas bahan kimia terlarang

Uolls boleh klik Radiant 4 untuk info tentang kulit sihat dan cantik berseri dari dalam.


Nak cuba supplement Shaklee? Whatsapp 010-2904863 hari ini

Comments

Popular Posts