Makanan Untuk Menurunkan Tekanan Darah Tinggi

Assalamualaikum uolls,


Hari ni Kak Laili nak share apakah makanan yang patut diambil untuk menurunkan tekanan darah tinggi:


1) Oatmeal: Hanya 1 mangkuk setiap pagi sudah cukup untuk memberikan perubahan. Kalau ingin menambahkan rasa, makan bersama potongan pisang, blueberry, atau kismis, kerana semuanya juga bantu menurunkan tekanan darah.


2) seleri: Lebih daripada sekadar garnish, seleri membantu jantung dan pembuluh darah agar berfungsi dengan lebih baik lagi. Selain itu, seleri juga menyeimbangkan kadar gula dalam darah dan membantu menurunkan berat badan. Turunnya berat badan merupakan salah satu cara untuk menurunkan darah tinggi.


3) Buncis: Sayuran ini seringkali disarankan untuk penderita diabetes kerana manfaatnya yang dapat menyeimbangkan kadar gula dalam darah. Namun penelitian lebih lanjut mendapati, buncis membuat perut kenyang lebih lama ini juga dapat menurunkan darah tinggi.


4) Yogurt: Yang dimaksudkan di sini adalah yang tidak diberi tambahan perasa, pemanis, atau pengawet. Tidak hanya kaya dengan potasium, yogurt juga mengandungi magnesium & kalsium yang dapat menurunkan darah tinggi.


5) Bayam: Sayur yang kaya dengan antioksidan yang  membantu tubuh memperbaiki kerosakan akibat radikal bebas. Oleh sebab itu, tak heran kalau sayur bayam boleh dijadikan bahan salad selain dimasak atau smoothie sebagai minuman detoks.


6) Salmon: Salmon yang terbaik ialah salmon free range. Bagaimanapun juga ikan salmon yang dibeli di pasar masih padat dengan omega-3 yang baik untuk mencegah penyumbatan pembuluh darah.


7) Dark chocolate: Padat dengan antioksidan yang dapat menangkis radikal bebas. Anda tak perlu makan terlalu banyak kerana takkan membuat perbezaan besar, jadi makanlah dalam jumlah secukupnya saja.


8) Kekacang: Memakan pelbagai jenis kacang terbukti mampu menjaga tekanan darah supaya stabil sekaligus membuatkan perut kenyang lebih lama. Ini kerana kekacang mengandungi potasium dan lemak sihat. Pilihlah kacang jenis almond dan pistachio ye.


9) Susu skim: Susu skim mengandungi kalsium, magnesium, dan potasium, tanpa tambahan lemak. Minum segelas susu skim setiap hari untuk mencegah hipertensi. Jika boleh, belilah susu skim organik kerana tiada tambahan antibiotik yang biasa disuntik pada lembu.


10) Rempah ratus: Ada beberapa rempah yang membantu menurunkan tekanan darah tinggi seperti bawang putih, oregano, ketumbar serta kulit kayu manis. Semuanya merupakan makanan penurun darah tinggi.


11) Kentang panggang: Kentang panggang mengandungi kukoamin yang  mampu membuat tekanan darah turun.


12) Kacang peas: Kandungan protein, vitamin, serta folat dalam kacang peas sangat baik untuk keseluruhan sistem kardiovaskular tubuh. Lebih baik anda memilih jenis organik yang masih segar. Namun kacang peas organik yang sudah dibekukan juga baik.


13) lobak merah: Tidak hanya baik untuk kesihatan mata, lobak merah padat dengan antioksidan dan potasium, dimana keduanya sangat berperanan untuk menormalkan tekanan darah.


14) Soya: Mengandungi kalium dan magnesium yang sangat bermanfaat untuk menurunkan tekanan darah tinggi.


15) minyak zaitun: Sangat bermanfaat untuk kesihatan jantung dan mengawal tekanan darah supaya menjadi normal.


16) Roti Gandum: Merupakan salah satu hasil olahan gandum yang  mampu mencegah terjadinya darah tinggi.


17) Teh hijau: Kandungan kafein teh hijau yang sangat rendah memberi kesihatan secara keseluruhan pada  jantung . Ini juga membantu menangani diabetes dan kolesterol penyebab tekanan darah tinggi.


18) ikan sebagai sumber omega 3: Ikan seperti makeral & anchovies tinggi kandungan omega 3 dan Vitamin D yang mampu menurunkan tekanan darah tinggi.


19) Antara buah-buahan untuk menurunkan tekanan darah tinggi ialah: 

  • betik
  • Jambu batu
  • Tomato
  • Kiwi
  • Blueberry
  • Avocado
  • Prune
  • tembikai
  • anggur
  • beet root
  • Pisang
  • Peach
  • epal
  • oren
  • Mengkudu
  • Timun
  • melon



Klik πŸ‘‰ Garlic Complex dan Manfaat Omega Guard untuk baca tentang supplement Shaklee yang boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi.


Untuk mendapatkan supplement kesihatan Shaklee untuk membantu menurunkan tekanan darah tinggi whatsapp akak di 010-2904863 hari ini.
























Comments

Post a Comment

Popular Posts