Kaedah Menangani Stress
Assalamualaikum uolls
Tahu tak? Seseorang yang mengalami stress boleh mengurangkan stress yang dialami dengan cara mengamalkan kaedah seperti di bawah ni:
Bertenang.
Setiap kali berasa stress atau ketegangan, bawa-bawalah bertenang. Bertenang boleh membantu mengurangkan kitaran stress negatif terutama pada peringkat permulaan.
Bernafas dalam-dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida untuk mengurangkan ketegangan.
Berkata kepada diri sendiri: "Relax lah" , '"tak ada apa lah".
Cuba katakan pada diri sendiri, "Saya ni stress, tapi relax lah, tak apa lah, OK lah tu". Bawalah bersabar kerana kata-kata ini sedikit sebanyak dapat mententeramkan perasaan dan akhirnya mengurangkan stress.
Beribadah/berdoa kembali pada Allah.
Sekiranya mengalami tekanan atau stress lakukan ibadah seperti berzikir, solat sunat, mengaji Al Quran dan berdoa. Beribadah dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasaan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang.
Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat yang boleh dipercayai dapat memahami perasaan dan memberi nasihat-nasihat yang berguna. Luahkanlah dan kongsi perasaan dengan mereka ini. Kaedah ini akan membuatkan rasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang hadapi. Kita akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri kita.
Berurut atau berspa.
Pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang disebabkan oleh stress. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stress. Begitu juga dengan memanjakan diri sekali sekala di spa kegemaran.
Berehat dan mendengar muzik.
Berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan akan mula relax serta pernafasan akan kembali normal. Pilihlah muzik yang menenangkan.
Beriadah, bersiar-siar atau melancong.
Luangkan sedikit masa untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukan aktiviti riadah yang disukai kerana beriadah dapat menenangkan fikiran, berasa gembira serta menghilangkan stress.
Bersenam atau bersukan.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stress. Bersukan dapat meningkatkan pengeluaran hormon gembira dan mengelakkan ketegangan. Antara aktiviti senaman yang boleh dilakukan ialah berjalan, berjogging dan bersenam robik.
Berfikiran positif.
Stress juga boleh berlaku disebabkan prasangka buruk dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Sentiasalah berfikiran secara positif. Cuba lihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Belajar cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stress dengan lebih berkesan.
Dengan melakukan kaedah seperti di atas, kesan fizikal stress seperti denyutan jantung tak normal, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, menggigil, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh badan dapat dikurangkan.
Perlu diingatkan bahawa stress mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.
Punca stress perlu dikenal pasti dan tindakan susulan perlu diambil untuk mencari jalan penyelesaian.
NOTA: Jangan stress stress uolls. Setiap sesuatu pasti ada pengakhiran nya. Ia takkan kekal lama. Allah kan ada 💗💖💗💖
Nak dapatkan supplement kesihatan Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini ye 😉
Comments
Post a Comment