Omega 3 Untuk Minda Yang Sihat

Assalamualaikum uolls

Tidak semua lemak itu jahat! Omega 3 ialah sejenis lemak yang baik untuk menyokong kesihatan dan fungsi normal tubuh badan. Omega 3 memainkan peranan penting untuk memastikan minda kita berfungsi seperti bilik kawalan 24 jam.

Pengambilan Omega 3 menunjukkan: 
  • Kesan positif terhadap pemikiran, memori, tumpuan dan perhatian.
  • Menyokong pembelajaran dan kemampuan membaca yang optimum.
  • Peningkatan penghantaran isyarat antara saraf otak untuk fungsi memori.
Kajian telah menunjukkan bahawa peningkatan pengambilan EPA dan DHA iaitu zat Omega 3 membantu meningkatkan kepadatan bahagian otak yang mengawal mood dan emosi. Sebagai elemen yang penting untuk minda yang ceria, Omega 3 membantu: 
  • Membangkitkan mood.
  • Meningkatkan kesejahteraan emosi secara  keseluruhan.
Peningkatan usia menyebabkan penyerapan nutrien menjadi perlahan. Ini memberi kesan kepada penggunaan DHA oleh otak dan prestasi mental. Omega 3 membantu mengekalkan fungsi kognitif yang sihat di kalangan warga emas. Sains kognitif merupakan satu kajian saintifik yang bermatlamat untuk memahami sifat semula jadi fikiran manusia. Pengambilan Omega 3 di kalangan warga emas secara teratur membantu: 
  • Merendahkan risiko penurunan fungsi kognitif.
  • Menggalakkan dan mengekalkan fungsi otak yang normal, terutamanya memori.
  • Mengurangkan risiko gejala-gejala yang berkaitan dengan kemerosotan awal kognitif seperti Alzheimer dan dementia.
  • Menggalakkan saraf otak yang sihat dan penghantaran isyarat yang optimum.
Omega 3 khususnya DHA, merupakan salah satu elemen penting untuk pembangunan otak. Oleh itu, pengambilan Omega 3 yang konsisten bermula dari kehamilan adalah sangat penting kerana: 
  • Menyokong perkembangan sel otak janin yang sihat, terutamanya pada trimester ketiga.
  • Menyokong kemahiran menyelesaikan masalah yang lebih baik di kalangan kanak-kanak.
  • Meningkatkan koordinasi 'tangan dengan mata' dan kepintaran kanak-kanak.
  • Meningkatkan tumpuan dan perhatian di kalangan bayi dan kanak-kanak.
  • Menyokong perkembangan deria, persepsi, kognitif dan sistem saraf motor semasa tempoh tumbesaran otak itu sendiri.

Nak dapatkan sumber Omega 3 untuk minda yang sihat? WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 untuk suplemen Omega 3 Shaklee iaitu Omega Guard !

Baca lagi kat SINI dan SINI JUGA


Comments

Post a Comment

Popular Posts