3 Sebab Utama Kenapa Anda Selalu Rasa Lapar

Assalamualaikum

Hari ni Kak Laili nak kongsikan 3 sebab utama kenapa kita selalu rasa lapar 😆

1) Terlalu asyik mengira kalori
  • Apabila terlalu mengira kalori kita terlupa tentang nutrien yang penting untuk kesihatan tubuh badan.
  • Sebagai contoh, makan 1/4 cawan kekacang adalah tidak sama seperti makan 1 peket kerepek kentang. Kalorinya mungkin sama tetapi kandungan nutrisinya jauh berbeza.
  • Jadi pilihlah kekacang kerana kekacang adalah tinggi vitamin dan mineral yang memberi tenaga. Kekacang juga tinggi serat membantu menstabilkan gula dalam darah dan dengan itu menyekat rasa lapar.



2) Makan makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi
  • Mengikut kajian, memakan makanan yang tinggi kandungan garam meningkatkan keinginan untuk makanan manis pula!
  • Selalunya orang akan mencari makanan manis-manis setelah makan makanan tinggi kandungan garam sebab nak memulihkan deria rasa.
  • Perubahan gula dalam darah adalah salah satu faktor yang menyebabkan berat badan meningkat.



3) Tidak cukup tidur
  • Apabila waktu tidur berkurang, bahagian otak yang terlibat dengan selera makan akan diaktifkan. Oleh sebab perubahan ini, kita akan tercari-cari lebih banyak makanan.
  • Sudah tentulah kita akan makan secara berlebihan. Oleh itu berhati-hati dengan tabiat tidur lewat!
  • Kurang tidur juga boleh menyebabkan kita mudah stress. Stress menyebabkan kita senang rasa lapar jadi makan lagi banyak.



Bagaimana Nak Elak Selalu Rasa Lapar?

1) Lebihkan makanan serat
  • Serat banyak terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran. Makanan berserat membantu menurunkan berat badan, menstabilkan gula dalam darah dan membuatkan kita rasa kenyang.

2) Jangan lupa tentang lemak sihat
  • Lemak sihat seperti minyak kelapa dan asid lemak omega 3 daripada ikan membantu meningkatkan kesihatan usus.
  • Lemak sihat membantu perut rasa kenyang dan menyekat rasa lapar. 
  • Asid lemak omega 3 juga banyak manfaatnya kepada kesihatan kita.
  • Klik SINI untuk baca lagi.

3) Pilih snek yang sihat
  • Setiap kali terasa lapar pilih snek yang sihat seperti kekacang dan buah-buahan bukannya kerepek kentang yang banyak kandungan garam.
  • Kurangkan mengira kalori dan lebihkan mengira kandungan nutrien dalam makanan. Bila dah biasa kita tak mudah rasa lapar dan kurang stress.

4) Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit
  • Saranan makan kerap dalam kuantiti yang sedikit ialah 3 kali hidangan utama dan 3 kali snek. Dengan adanya jadual sebegini kita tak mudah rasa lapar.
  • Cara ini juga membantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh. 

Klik SUMBER untuk baca lagi.

Jangan lupa kalau nak dapatkan suplemen kesihatan Shaklee WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 ye 😁

Comments

Popular Posts