Merawat Kelemumur Dengan Bahan-bahan Homemade

Assalamualaikum

Ada tak yang bermasaalah kelemumur? Dah cuba berbagai-bagai syampu di pasaran tapi masih ada kelemumur yang degil di kulit kepala?

Kak Laili nak kongsikan bahan-bahan homemade - buatan sendiri di rumah yang boleh digunakan untuk merawat kelemumur.

1) Aspirin



Aspirin mengandungi bahan aktif  iaitu asid salisilik yang sama  seperti dalam syampu anti-kelemumur. Caranya ialah dengan menghancurkan beberapa biji aspirin dan mencampurkannya kepada syampu setiap kali mencuci rambut. Biarkan campuran pada rambut selama 1-2 minit kemudian bilas bersih. Basuh rambut sekali lagi dengan syampu seperti biasa.


2) Tea Tree Oil



Kajian telah menunjukkan bahawa syampu dengan hanya 5% ramuan tea tree oil boleh mengurangkan kelemumur dengan ketara. Tambah beberapa titis tea tree oil ke dalam syampu kegemaran dan cuci rambut seperti biasa.


3) Pembilas Mulut



Untuk merawat kelemumur yang agak teruk, basuh rambut anda dengan syampu biasa, kemudian bilas dengan pembilas mulut/mouthwash yang berasaskan alkohol. Mungkin ini sesuai untuk non-Muslim ya 😉 Kemudian gunakan perapi rambut/conditioner seperti biasa. Sifat anti-kulat pembilas mulut berkenaan membantu menghalang yis yang menyebabkan kelemumur terbentuk.


4) Minyak Kelapa



Minyak kelapa adalah perawatan kelemumur yang telah dicuba dan diuji keberkesanannya. Sebelum mandi, urut 3-5 sudu besar minyak kelapa ke kulit kepala dan biarkan selama 1 jam. Boleh juga membeli syampu yang mengandungi minyak kelapa sebagai salah satu ramuannya.


5) Soda Penaik



Sesetengah bahan-bahan yang biasa digunakan setiap hari di dapur boleh bertindak sebagai perawat kelemumur yang berkesan seperti soda penaik. Basahkan rambut dan kemudian gosok segenggam soda penaik ke kulit kepala. Buat sungguh-sungguh tau bukan lemah lembut! Jangan syampu dulu dan bilas. Soda penaik mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kulat yang terlalu aktif penyebab kelemumur. Rambut mungkin menjadi agak kering pada mulanya, tetapi selepas beberapa minggu, kulit kepala akan mula menghasilkan minyak semula jadi, menjadikan rambut lebih lembut dan bebas kelemumur.


6) Garam



Tekstrur garam yang kasar boleh digunakan untuk menyental kepingan kelemumur sebelum mencuci rambut dengan syampu. Gosok sedikit garam pada kulit kepala dan kemudian gosok kepada rambut. Urut kulit kepala secara perlahan-lahan. Akhir sekali barulah cuci rambut dengan syampu seperti biasa.


7) Lemon



Urut dua sudu besar jus lemon pada kulit kepala dan bilas dengan air. Kemudian campurkan 1 sudu teh jus lemon ke dalam 1 cawan air dan bilas rambut dengannya. Ulangi langkah ini setiap hari sehingga kelemumur hilang. Asid daripada lemon membantu mengimbangkan pH kulit kepala dan menghalang kelemumur berulang.


8) Bawang Putih



Bawang putih dan sifat antimikrobnya membantu menghapuskan bakteria yang menyebabkan kelemumur. Hancurkan sedikit bawang putih dan sapukan pada kulit kepala. Untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan dari bawang putih campurkan sedikit madu dan urut pada kulit kepala sebelum mencuci rambut seperti biasa.

SUMBER

Untuk dapatkan suplemen kesihatan Shaklee WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 ye.


Comments

  1. wah banyak benda boleh guna rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah Hans. Sesiapa ada masalah ni boleh sangat try 👍

      Delete

Post a Comment

Popular Posts