Siapa Yang Perlukan Lebih Protein ?

Assalamualaikum semua 

Protein ialah nutrien yang penting kepada badan manusia. Protein ialah salah satu daripada bahan binaan tisu badan dan bertindak sebagai sumber tenaga. Bermula dari penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, kita  memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi normal tubuh yang optimum. Walaubagaimanapun, keperluan protein harian adalah bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal kita. 

Siapa yang perlukan lebih protein?

1) Ahli sukan yang terlibat dalam sukan bina badan.
- Otot perlukan sokongan semasa pembina badan melakukan latihan rintangan.
- Ahli sukan bina badan mengambil lebih banyak protein untuk:

  • Membina semula dan memperbaiki otot. 
  • Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih cepat dan cergas.  






2) Bakal ibu.
- Apa yang baik untuk ibu adalah baik untuk bayi juga.
- Bakal ibu mengambil lebih protein untuk:

  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat. 
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat. 
  • Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak.



3) Ibu yang menyusukan bayi.
- Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi.
- Ibu menyusu mengambil protein untuk:

  •  Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu. 
  • Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah antara komponen penting di dalam susu ibu.





4) Orang dewasa pertengahan usia.
- Menurut definisi oleh Oxford English Dictionary, pertengahan usia ialah apabila seorang dewasa itu berumur dalam lingkungan 45 ke 65 tahun. Bahasa yang paling mudah ialah bukan lagi muda tetapi belum lagi tua!
- Tubuh badan orang yang memasuki usia pertengahan ini mengalami penurunan dalam prestasi termasuklah kehilangan otot.
- Orang dewasa pertengahan usia perlu lebih banyak protein untuk:

  • Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein bersama-sama senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan. 
  • Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi.




5) Orang yang menjaga berat badan.
- Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang yang kadar metabolismenya rendah.
- Orang yang menjaga berat badan mengambil lebih banyak protein untuk:

  • Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama. 
  • Membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya. 
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot badan, lebih tinggi kadar metabolisme.




6) Penggemar pemanis mulut
- Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah. Ini akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam badan.
- Penggemar pemanis mulut perlu lebih protein untuk:

  • Menstabilkan paras gula dalam darah. 
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekaan insulin.




Adakah uolls tergolong di dalam senarai orang di atas? Jadi, bagaimana untuk meningkatkan pengambilan protein?
Cara yang paling mudah adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan serbuk protein dengan minuman kegemaran atau gabungkannya dengan buah-buahan sebagai sarapan yang lebih sihat.

Pembekal protein sihat yang berasaskan tumbuh-tumbuhan Shaklee ialah ESP Soy Protein Isolate Powder. Sila klik SINI untuk baca lagi.

Nak dapatkan ESP Soy Protein Isolate Powder Shaklee? Whatsapp Kak Laili di 010-2904863 hari ini!


Comments

Popular Posts