4 Nutrien Merangsang Penglihatan

Assalamualaikum hai hai 👋


Kak Laili seorang yang rabun jauh. Kak Laili mula pakai cermin mata setelah tamat SPM. Sedih nya hanya Allah yang tahu 😭

Sekarang Kak Laili berharap sangat power cermin mata ni takkan bertambah walaupun dah berumur 42 tahun ni. Apa yang buat Kak Laili lega ialah power cermin mata ni masih bertahan sejak tahun 2007!

Untuk yang belum bercermin mata atau yang berharap sama macam Kak Laili mari kita belajar 4 nutrien yang membantu merangsang penglihatan.


1) Lutein dan Zeaxanthin.

Kedua-dua nutrien ini adalah jenis carotenoids yang boleh dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan. Mereka juga boleh dijumpai di dalam mata kita. Nutrien-nutrien ini membantu menyerap sinar cahaya yang berlebihan.

Lutein dan Zeaxanthin melindungi daun-daun tumbuhan daripada dibakar oleh sinaran matahari. Di mata kita pula, mereka menyerap cahaya biru yang berbahaya.

Makanan yang kaya dengan kandungan Lutein dan Zeaxanthin ialah:
  • bayam
  • kale
  • brokoli
  • lada benggala merah dan kuning
  • jagung manis
  • tomato
Suplemen Shaklee yang kaya dengan Lutein dan Zeaxanthin ialah Carotomax! Jemput baca kat SINI 


2) Vitamin C

Vitamin C dikenali sebagai antioksidan yang kuat. Makanan yang kaya dengan Vitamin C membantu menurunkan risiko mendapat katarak.

Mereka juga boleh memperlahankan kehilangan kejelasan visual dan terjadinya macular degeneration di mana penglihatan menjadi kabur atau tiada penglihatan langsung di pusat penglihatan. Klik 👉 Macular Degeneration

Makanan yang tinggi vitamin C termasuk:
  • lada benggala kuning
  • kale
  • kiwi
  • jambu batu
  • stroberi
  • oren
  • tomato
  • brokoli
Suplemen Shaklee terbaik untuk Vitamin C ialah Sustained Release Vita-C Plus! Jom baca SINI


3) Vitamin E

Vitamin E ialah satu lagi antioksidan yang kuat. Vitamin E melindungi sel mata daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Makanan yang kaya dengan Vitamin E termasuklah:
  • biji labu, biji bunga matahari, biji squash
  • badam, kacang hazel
  • avocado
  • bayam
  • kiwi
  • brokoli
  • labu, squash
Suplemen Shaklee pembekal Vitamin E ialah Vita-E Complex! Klik SINI





4) Zink

Zink memainkan peranan yang penting dalam keupayaan kita untuk melihat. Ia membawa Vitamin A dari hati ke mata untuk menghasilkan melanin, yang membantu melindungi mata.

Makanan yang tinggi dengan zink ialah:
  • tiram yang telah dimasak
  • daging lembu, daging biri-biri
  • bayam
  • biji labu, biji squash

Untuk mendapatkan bekalan zink bolehlah ambil Vita-Lea Iron Formula! Jom tengok SINI


Satu lagi yang penting ialah kajian telah menunjukkan bahawa orang yang bersenam secara tetap mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mendapat katarak, glaukoma dan macular degeneration. Ini kerana penyakit-penyakit mata tersebut berkait dengan masalah kesihatan yang lain seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi. Senaman boleh membantu kita lebih berjaga-jaga.

Kesimpulannya makan sayur-sayuran dan kerap bersenam supaya penglihatan sentiasa baik walaupun di usia emas!

SUMBER

Berminat nak dapatkan mana-mana suplemen Shaklee ni? WhatsApp Kak Laili di 010-2904863 hari ini.


Comments

Popular Posts